dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Terbuka PI Linggi 2018

26 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

25 Ogos 2018 – Program Hari Terbuka Pusat Ekonomi Digital Linggi adalah merupakan program tahunan yang diadakan untuk menghargai sokongan komuniti kepada PI Linggi. Ianya telah diadakan pada 25 Ogos yang lalu bersamaan hari Sabtu dari jam 9 pagi hingga ke jam 2 petang.

Sepanjang program berlansung, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan permainan tradisional iaitu Batu Seremban, Ceper & Susun Cawan, pertandingan berbentuk ICT iaitu Word Search Online & Soduku Online dan Susun Puzzle Jalur Gemilang (Powerpoint), pertandingan berbentuk advokasi Kahoot Klik Dengan Bijak serta Tayangan Video & Explorace E-Sisa. Turut diadakan demontrasi membuat Air Jus Soda Herbs oleh Pengurus PI Linggi iaitu Puan Yusaini Binti Md. Yusof.

Selain dari itu, terdapat juga gerai dan pameran jualan oleh usahawan-usahawan PI Linggi seperti Jualan Alat Kosmetik, Lukis Inai Henna, Jualan Biskut Timbang, Jualan Kek & Air Goncang serta Hibah & Takaful Prudential.

Majlis diserikan lagi oleh kunjungan tetamu kehormat iaitu Penghulu Mukim Linggi - Encik Ibrahim Abd Talib, Penyelaras DUN - Linggi Encik Rusli Abdullah dan Eksekutif Kanan dari Maxis iaitu Puan Noorly Iza Amir Roslan.

Seramai lebih kurang 50 orang telah hadir ke majlis tersebut. Walaupun kehadiran tetamu agak kurang kerana terdapat banyak kenduri kahwin di kawasan sekitar namun majlis berlansung dengan meriah sekali. Sebelum bersurai, acara penyampaian hadiah telah diadakan dan diikuti oleh jamuan makan tengahari




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.